Kelebihan Membaca Al- Ma'thurat

Assalamualaikum, Selamat sejahtera :)

“Sesungguhnya Rasulullah selalu menyebut-nyebut rahmat Tuhan, dalam satu hadis Qudsi Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Wahai anak-anak Adam, (sebutkan) zikirkanlah Aku selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas solat asar barang sekejap maka Aku memadai kepada engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyanglah duha sebanyak 8 rakaat."(Diriwayatkan oleh Sayyidina Hassan r.a) 

Tujuan utama aku menulis petang ni just nak kongsi ilmu pengetahuan sikit la dengan korang. Tak banyak, sikit pun jadi. Kan, kan ? hehe. :D Sebenarnya, aku terlebih excited nak cerita dengan korang semua selepas cikgu sekolah aku bagi tau serba sikit kelebihan membaca surah al mathurat. 

Di dalam al-mathurat, adalah himpunan ayat-ayat al-Quran pilihan, doa-doa daripada Nabi SAW dan banyak kelebihan dan fadhilatnya bagi sesiapa yang membacanya selepas Subuh dan selepas Asar/Maghrib. Kelebihannya adalah seperti yang berikut :-

1. Tidak dihampiri syaitan

2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini. 

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat. 

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga. 

5. Selamat dari segala sesuatu. 

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya. 

7. Allah berhak untuk meredainya 

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya. 

9. Terhindar daripada syirik. 

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun. 

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang. 

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat. 

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi. 

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Semua ni hanya beberapa je. Sebenarnya , banyak lagi kelebihan2 dia. Hanya ini yang boleh aku kongsi dengan korang. Kalau nak tau lebih lagi,, selalu2 la tanya pakcik 'Gugel'. Tau2. Okay, akhir kata.. baca ini. 


Bye ! Assalamualaikumm... ;)

p/s : Jangan lupa amalkan ehh.... :*