Anniversary Giveaway By Anadiera

Assalamualaikum :) 
Syarat Untuk Peserta daripada Anadiera :



  1. Buat entry yang bertajuk 'Anniversary Giveaway by Anadiera'


  2. Copy URL dibawah dan paste ruangan HTML di blog korang


  3. Follow blog Anadiera dan like Fanpage anadiera di sidebar :)


  4. Pastikan anda mengikut kesemua syarat samada daripada hanna / sponsor . jika tidak penyertaan anda dibatalkan !
Pengumuman Untuk Peserta Giveaway :


  1. Tarikh tutup giveaway pada 10 November 2013


  2. Pemilihan pemenang berdasarkan Jumlah TAG paling banyak dan TOP REFFERAL.Selebihnya menggunakan random.org


  3. Pemenang akan diumumkan pada tarikh 12/13 November :)


HADIAH UUNTUK PEMENANG :

Barangan Blog :

Barangan Pos : 

Topap :






Giveaway bermula pada Jam 101013-101113. Mencari Top Refferal dan Tag Paling banyak .

Terima kasihh !! ;)

HACK !

Assalamualaikum.
Aku tak tau nak cakap macam mana. Rasa macam nak hempas2 ja laptop ni dekat lantai, kau tau ! Au tak pernah pulak tau, ramai betul yang orang tak suka dengan aku. Aku tak tujukan entry ni dekat sape2 pun. Jadi, takmau terasa2. Hari tu FB aku kena hack. Now, twitter pulak. Aku tak faham la.. Apa yang korang nak sebenarnya? 

Even kau benci sangat dengan aku, tak payah la sampai hack aku. Kalau FB, block sudah la. Korang tak kesian ke tengok aku terkial kial nak buat akaun baru ? Dah la bab2 IT ni aku lemah nak mampuih ! Tau guna je. Aku rasa... (hmm,rasa apa haa? Tak rasa apa dah kut. dah tak ada deria gamaknya.) Aku mintak satu je, lepas ni tolong lah korang hentikan semua ni ehh. Kesian aku tau ! 
Wassalam. :)

Mesej Menuju Zina ?

Assalamualaikum.. (=



Kali pertama nak letak video dalam blog ni. Haha. Excited terlebih. Aku just nak share dgn korang. Siapa yang tengah seronok bercouple couple tu,, tolong la tengok video ni sampai habis. Tak lama, 4 minit ja. Okay? 

Thanks for watching this video ! :)

Kelebihan Membaca Al- Ma'thurat

Assalamualaikum, Selamat sejahtera :)

“Sesungguhnya Rasulullah selalu menyebut-nyebut rahmat Tuhan, dalam satu hadis Qudsi Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Wahai anak-anak Adam, (sebutkan) zikirkanlah Aku selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas solat asar barang sekejap maka Aku memadai kepada engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyanglah duha sebanyak 8 rakaat."(Diriwayatkan oleh Sayyidina Hassan r.a) 

Tujuan utama aku menulis petang ni just nak kongsi ilmu pengetahuan sikit la dengan korang. Tak banyak, sikit pun jadi. Kan, kan ? hehe. :D Sebenarnya, aku terlebih excited nak cerita dengan korang semua selepas cikgu sekolah aku bagi tau serba sikit kelebihan membaca surah al mathurat. 

Di dalam al-mathurat, adalah himpunan ayat-ayat al-Quran pilihan, doa-doa daripada Nabi SAW dan banyak kelebihan dan fadhilatnya bagi sesiapa yang membacanya selepas Subuh dan selepas Asar/Maghrib. Kelebihannya adalah seperti yang berikut :-

1. Tidak dihampiri syaitan

2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini. 

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat. 

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga. 

5. Selamat dari segala sesuatu. 

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya. 

7. Allah berhak untuk meredainya 

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya. 

9. Terhindar daripada syirik. 

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun. 

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang. 

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat. 

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi. 

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Semua ni hanya beberapa je. Sebenarnya , banyak lagi kelebihan2 dia. Hanya ini yang boleh aku kongsi dengan korang. Kalau nak tau lebih lagi,, selalu2 la tanya pakcik 'Gugel'. Tau2. Okay, akhir kata.. baca ini. 


Bye ! Assalamualaikumm... ;)

p/s : Jangan lupa amalkan ehh.... :*

Melaka Bandar Bersejarah

Assalamualaikum, selamat sejahtera.. :)
Nak jujur sekejap. Hari ni aku tak pergi sekolah ! Hahahaha. *tiba2* Actually, demam . Hari ni masuk hari kedua. Kesan cucuk agaknya. Tak pernah2 demam sebab kena cucuk "Tetanus Toxoid". Form3 seluruh Malaysia kena cucuk untuk masalah kancing gigi. Kalau tak tau apa itu kancing gigi, search google ! ;)

Okay, dah la pasal Kancing Gigi tu. Tak ada apa pun. Sebenarnya, cuti 2 minggu hari tu aku sekeluarga pergi jalan2 ke Melaka. Then, terus hantar kakak balik asrama. Dah berjalan melaka, banyak ambik gambar je lah. Act, camera rosak, jadi guna phone kakak. Nasib baik kamera lawa. Hahaha. :P

The Emperor Hotel. Hotel yang kami sekeluarga duduk untuk 2 hari 1 malam. Hotel ni terletak betul2 ditengah Bandar Melaka. Kalau korang nak tau, masa berita pasal jerebu baru2 ni, hotel ni ada interframe dekat situ. ahhahah. :)

Dalam toilet pun jadi. Kbye. :3

Buat maksiat senja2 di Bandar Melaka. hahha. Sebelah tepi tu, suami baru saya. Dia malu nak tunjuk muka dia pada uolls semua. :P

Pelik nya muka aku. Hahaha. Lupakan. Tengah, kakak aku, dan kanan, baby.. :*

Entah kenapa tiba2 suka ambil gambar belakang langsir. :3

Hmmm,, apa motif gambar ni ??? :O

Pemandangan Bandar Melaka dari Hotel kami. :)

Jom rehat ! ;)

Oh, tu Abah aku. Masa ni dah nak keluar pergi cari makan dan jalan2 keliling Melaka. Kemas kan bilik kami ?? :)

Cruise belum sampai. 

Nak bagi tau something nih ! Gambar ni, ada la sorang abang mat salleh ni yang tolong ambilkan. Yang syok nya, aku orang paling rapat bila dia mintak nak ambik gambar. Sebab masa tu dia tanya nak tekan dekat mana.. Hmm,,, peluang terbuka luas untuk lebih rapat dengan mat saleh yang kacak bergaya ni. Hahah. Katanya, "I'm from France. Tomorrow I'll go to Langkawi then." Hmm,, ingat ayat dia ! hahaha. :p

Finally !! Taming Sari berada di depan mata. Kali ni aku tak naik pun taming sari. just tengok dari bawak jaa. It's okay , it's alrihght la~~ 

Yeah ! Me that night ! Percaya tak sepanjang perjalanan malam tu, aku pandai telinga rabbit ni. Nak beli ni terlalu mudah ! tak payah nak pujuk2. Abah yang beria2 suruh beli. Mak, "Ishh ! Apa Ajat ni. Tua2 pun nak beli benda meghamu ni. Tak payah ! Bazir ja... -,-" Tak sporting benorr.. tapi abah bagi lampu hijau. Ermm, Sayang Abah ! :* Baby asyik gelak je time aku pakai benda ni. "Eeee.. k.ngah ni ntah apa2 ja. Mcm bdk2. Adik pun tak beli. Tak malu ke orang tengok ??" Saya Okay, Saya Tak Kisah... 

Time ni dah nak balik dah. Kolam pun tak sempat nak tengok. Hmm,, tak ada masalah ! ;)

Teruja bila nampak kapal ni depan mata. "Kakak !! Ambik gambar satu ! :*"

Atas kapal. (idea hilang) 

Kata penjaga muzium ni,, batu2 ni salah satu daripada batu2 yang terapung di angkasa. Try angkat, serius berat ohh ! Batu yang hujung sana tu pun, angkat sebelah tangan tak mampu. Apatah lagi yang besar sekali ni. Excited ohh, angkat batu angkasa !! 

Errrr... (no caption) 


Seronok masuk dalam kapal ni. Tempat kapal ni pun sebelah kapal selam yang besar tu je.. :DD

Excited gilaa ahh bila nampak gambar ni !! tak sabar nak besar. ;)

"Berada di dalam perut Scorpene,sungguh hebat !" In sha Allah aku ada dalam tu nanti. :)))

Rasanya, ini je kot yang aku nak kongsikan. Tak ada la menarik sangat. Biar kenangan lain aku simpan dalam hati ja. Hahaha. Okay, assalamualaikumm.. :))


Pencarian Sponsor Untuk Giveaway SK dan Hajar Rushdi

Assalamualaikum, selamat sejahtera :)



Tolong jangan terkejut kenapa anis tiba tiba nak cari sponsor. Cadangnya, InshaALLAH lepas PMR nanti, anis dengan Hajar nak buat satu giveaway ! . Apa? Kenapa lambat lagi nak mulakan ? Hehe mestilah kami nak fokuskan pada PMR dulu okehh. Lepas settel , kami akan mulakan giveaway tuh. InshaAllah .. Anis sponsor apa ? adalah, klu nya boleh dipakai hari hari. Hee apa benda tu ? TUngguu .

Anis sedang mencari sponsor untuk mensponsorkan barang barang blog , topup, pakaian atau lain lain :-

ITEM BLOG
  • review blog (hanya 2 sponsor diperlukan)
  • edit blog/ header/banner/lain lain (hanya 2 sponsor diperlukan)
  • doodle (hanya 2 sponsor diperlukan)
TOPUP
  • topup rm5 (hanya 2 sponsor diperlukan)
  • topup rm10 (hanya 2 sponsor diperlukan)
  • topup harga lain2 ..
ITEM LAIN
  • Dress / peplum dress
  • Shawl / tudung bawal
  • Felt Craft
  • Aksesori
  • Novel atau buku buku lain
Anda berminat nak sponsor ? Sila pm saya di facebook kat sini
atau facebook hajar
atau fanpage anis
atau fanpage hajar

APA FAEDAHNYA?
  • Trafik anda akan semestinya meningkat  =)
  • Followers juga akan meningkat ^___^
  • Likers fanpage akan naik 
  • Pahala itu semestinya. (kerana anda membantu kami :))

BERDOSA kah AKU ??

Assalamualaikum, selamat sejahtera. ;)

Bila sedih ja, update. Bila kecewa ja, update . Bila happy, lupa daratan. Maybe entry kali ni pendek je kot. Maybe. 
Problem dengan kawan tak pernah nak habis. Ingat dah berbaik hari tu sampai tukar2 gambar bagai, dah sampai ke jannah la hubungan tu. Rupa rupanya tak jugak. Jin apa yang menghasut, aku pun tak tau. Lupa baca doa 'sahabat' agaknya. Seiriously, kebanyakkan yang aku tulis tak semua yang aku maksud kan. Aku just nak bagi tau kau.. Aku pun ada perasaan. Kita tak boleh jaga perasaan orang lain, padahal perasaan kita terabai. 

Aku banyak berubah ? Disebabkan aku berkawan dengan ____ , kau kata aku banyak berubah. Please, be opened minded okay ! I need new friends at my class. Kau kelas lain, aku kelas lain. Harap korang semua faham apa yang aku rasa selama ni. :'(

Actually, aku dah malas nak cakap apa2 pasal kawan. Sebenarnya, aku lebih sedih pasal kejadian semalam. malam semalam aku mesej dengan sorang kawan aku ni. Hmm,, setiap kali bunyi mesej, terasa berat hati nak bukak. Tapi terpaksa digagahkan jugak tangan ni untuk bukak mesej2 tu. Hmm.. agak dah ! Sejarah kembali berulang. Entah dimana silapnya. Kau dah berubah, kau dah berubah, kau dah berubah ! Aku rasa nak muntah bila ayat tu je yang kau tujukan untuk aku. Lama2 boleh mati agaknya bila selalu dapat perkataan 'comel' tu. 

Malam tadi, sejujurnya tak mood yang terlampau sangat2. Tak tau kenapa. Padahal pasal kawan je pun. Masa duduk dekat ruang tamu dengan Abah.. n lain2 , tiba2 ada mesej masuk. Mengeluh panjang. Siapa pulak ni.... !!!!! -,- Bila bukak, tak ada nama. 

PENGHANTAR: Salam, hai sayang.. (siapa la pulak bersayang2 dengan aku ni ?) 
*terus campak phone*
Bunyi lagi. Angkat. 
PENGHANTAR: Salam, hai sayang... (hei ! laki siapa ni ?? -,-) 
tengok nombor phone . Eh, ni nombor Abah lah ! Astaghfirullah... (langsung tak pandang muka abah)
*balas*
Sorry, not in mood. Bye. 
dalam hati, Abah, Ajat mintak maaf sebab hantar mesej yang sedikit kurang adab macam tu. Tiba2 menangis buat kali yang keberapa ntah malam tadi. Phone Abah bunyi, then abah keluar rumah... :'(

Izinkan aku menangis sepuas hati ??? Hmmm... :/

Abah, sorry I can't be perfect for you . *tears*

Apa2 pun, aku harap kawan2 aku jumpa kawan yang lebih sempurna dari aku yang banyak kelemahan diri. Aku tak cukup sempurna buat korang. Aku bukan kawan terbaik untuk kau ! aku harap kau akan jumpa kawan dunia akhirat yang hakiki kelak. Selamat Berjaya ! :))



Assalamualaikum, bye ! :/

I Want Canada !

Assalamualaikum.. (=
Hari ni dah masuk hari kelima budak-budak yang sekolah ber'holiday'. Masa sekolah, semua nak cuti. Bila cuti, semua orang nak sekolah. Serius tak faham. haha. Abaikan. -,- 

Hari ni aku nak share something dengan ualls sekalian.. (ayat x bleh blah) Tapi, tak da lah nak share apa sangat pun.. Just nak bagi tau pada korang semua yang aku teringin sangat nak pergi tempat ni.



Yess !! Canada ! Pernah dengar? tempat yang paling aku aim, Toronto, Canada.

Tapi, aku pernah mention nama ni dekat kawan2 aku, seriously, dorang tak tau kat mana Toronto tu duduk. First, dorang fikir, "atas toto,bawah toto" semua yang berkaitan dengan toto. Maybe dorang terlebih buat research agaknya~ -,-

Mula-mula aku pun tak tau pun pasal canada ni. tapi disebabkan benda ni


Masa ni aku tersangatlah obses terhadap kumpulan Barat ni. Siapa tak kenal, One Direction. Pada mulanya, aku cari tarikh birthday aku.. last2 terjumpa, dan dorang buat concert dorang dekat Toronto. 

Mestilah excited walaupun tak pernah tau pun nama toronto ni. Setelah sekian lama buat research pasal negara ni, dan akhirnya, hati aku terpaut jua dengan negara indah ni. (sekali lagi, ayat banyak sakai!) Dalam banyak2 tempat yang aku jumpa, satu tempat yang aku teringin sangat sangat sangat nak pergi ! 


This ! Indah sungguh ciptaan Tuhan. Siapa yang teringin nak bunuh diri dekat sini, memang tak berbaloi. haha. Mak,abah, bila nak bawak Ajat datang sini...?? :/

DICOP HAJAH BAKHIL.
Orgghh ! Pedih rasa hati bila orang cop aku hajah bakhil. Bermula dengan aku ada la sikit duit raya tahun lps yang still tak digunakan sepenuhnya, terus orang anggap aku kedekut ! Dorang kata, duit banyak tapi tak pakai, tak guna.. Okay, still boleh setuju, tapi kita tak boleh guna duit yang ada mengikut nafsu, right ? Aku cuba simpan duit yang ada, dengan sebaik mungkin untuk sampai dekat canada ni dan....

Sini ! Masya-Allah... tempat ni la,, yang paling aku idam2 kan selama ni. Yes, tiada sorang pun yang tak teringin nak sampai dekat Tanah Suci ni kan? Semua orang punya hajat yang sama... Antara sebab aku menjadi Hajah Bakhil, sebab ni lah ! Aku cuba menabung dari sekarang sebab aku tau, mak dan abah bukan orang senang dan dengan mudah boleh bawa kami sekeluarga buat umrah mahupun haji. 

Buat masa sekarang, 2 tempat ni je lah aku aim betul2 untuk dijadikan tempat percutian. tempat lain belum terfikir di akal fikiran. In Sha Allah... berkat doa dan usaha, dan izin Allah.. boleh sampai juga nanti.. Amin.. (=

Thanks to reading this entry ! :)

Syaitan mencari peluang pisahkan silaturrahim kita.

Assalamualaikum semua !!  :) 

Semakin lama semakin mudah aku melupakan kau blog. facebook, twitter, facebook, twitter. kejam kaa?? sampai kawan aku sendiri suruh aku mengupdate blog , katanya dah lama ditinggalkan. kesian pulak dia tengok. okay... berbalik kepada tajuk kita petang ni,, aku nak cerita, kongsi.. semuanya lah ! maybe kali ni aku dah tak boleh nak bercerita dengan kawan2,, jadi terpaksa melepaskan perasaan di sini.. rasanya, entry kali ni panjang sikit, harap baca sampai habis, boleh ?? :DD


what the meaning of friendship ??? 

mungkin ramai yang rasa, bila berkawan rapat kita perlu buat macam gambar tu. tapi, bagi aku, itu hanya gambar semata mata yang boleh berubah bila bila masa je. dan bagi pendapat aku,, jangan lah kita berani2 nak berjanji sehidup semati dengan kawan kita. sbb kita tak pernah tau apa yang akan terjadi pada hari mendatang. 

tak tau nak mula dari mana. tapi,aq nak tanya dekat korang,, apa itu 'kawan' bagi korang ?? mungkin senang disebut di mulut, tapi susah di hati. :DD  okay, tak apa lah, siapa nak terasa dgn entry ni kaa.. apa ka~~ rasanya aku kena bg tau jugak apa yg aku rasa. aku rasa kau ni ada satu perasaan yang kau mmg tak boleh nak buang dlm diri kau. aku tak tau sejak bila.. tapi tu lah ! aku tak perlu kan sesiapa untuk jadikan spy or whatever untuk selidik semua benda ni. Itulah, org kata,, baik sangat pun tak boleh, jahat sangat pun tak boleh. percaya sangat pun tak boleh jugak !

Sejujurnya , aku nak kau dan aku bincang benda ni sama2. aku tak nak dah ada postman antara kita. sbb aku rasa, bila ada org tengah mcm2 boleh jadi. antaranya ialah kejadian "tokok tambah" jangan cakap lah. tapi aku pelik.. kita ni dah berkawan boleh dikatakan agak lama lah jugak, tapi still tak ada prinsip percaya mempercayai antara satu sama lain. ermm,, boleh tak nak straight forward sekejap??

Selama ni kita berkawan okay je. aq suka berkawan dgn kau, sbb kau lah yang buat aku selalu 'awet muda' kau tau?? setiap kali aku duduk dengan kau, aku always... laugh ! mcm tak ingat dunia. aku rasa dunia ni aku  dengan kau yg punya. tapi bila aku dapat tau kau tweet2 dekat twitter kau pasal aku, aku terus down. Tapi, mula2 aku fikir yg posotif je dulu. aku sedapkan hati aku, dgn menganggap tweet2 kasar tu untuk org lain. tp, malam tu aku mmg tak boleh tidur. terngiang ngiang tweet yg aku baca tu. berlegar legar perkataan tu dekat kepala aku. oh, maybe kau nampak aku berkawan dgn lain, happy2.. aku tak ambil kesah dgn benda tu. hakikatnya, kat sekolah je aku mcm tu. rumah?? jgn harap aku bergelak sakan mcm tu. one more thing... dalam solat aku, selalu ada nama kau.  aku sentiasa berdoa kau dan aku, sentiasa berkwn baik.. sampai akhir hayat aku. 

Rupa rupanya, aku salah. tp, mungkin jugak Allah nak duga persahabatan ni. tapi kita tak tau mcm mana nak selesaikan masalah ni. sejujurnya, aku tak percaya dgn apa yg org cakap. tapi bila dah lama,, org asyik dok mencanang nama kau kat aku,, kata kau ckp kat aku pelik2, aku mmg tak senang duduk. first word yg keluar,, "Ya Allah.. betul ke?? kau salah tengok kot.. dia kawan aku la,, tak kan dia sanggup cakap aku mcm tu . " Aku berusaha backup kau. tp, syaitan lebih cepat menguasai diri kau. aku pelik,, sepatutnya, aku yang akan rasa berang dgn kau, tp sebaliknya pulak. 

Orang kata,, kau dengki dengan aku. sebenarnya, aku pun teringin nak menikmati keindahan internet ni. dgn cara,, korang ada fb, aku ada. korang ada twitter, aku ada. korang ada blog, aku pun ada. insta ja tak ada,, sbb feedback yg kurang logik dari rakan2. facebook tak ada apa sangat, tp twitter,.. inilah aq nak cerita. aku sign up acc ni thn lps, then acc ni kakak aq yg guna. start thn ni,, aq just try nak guna. bila dah selalu mengadap, mestilah rasa seronok. tp, ada jugak hamba allah ni tak suka aku ada acc ni. 

Aku pelik, kenapa kau nak dengki dengan aku. sbb 'followers' aku dan kau jadi mcm ni. please be matured la. kita dah 15 tahun, tak kan sbb benda2 mcm ni nak bermasam muka? salah ke aku nak bersosial?? kalau aq x bersosial, ada pulak mulut2 jahat kata aku kuno. Act, dah ada dah org ckp aku mcm tu. Sedih weii aku dgr, SEDIHH ! aku waswas la,,, apa perasaan yg korang simpan dekat aku ehh?? korang seolah olah tak nak bagi aku peluang untuk aq jadi mcm org lain. korang ni anggap aq apa sebenarnya?? kadang2, korang berckp pasal 'seseorang' , rupa2nya aku lah orgnya ! dpn aku, korang boleh ckp aku mcm tu. aq senyap sbb aq rasa terkilan sgt2. ni ke kawan aku??? :'O

tweet pasal "batak follower" . Astaghfirullah.... kenapa sampai mcm tu sekali kau describe aku?? sekarang, aku hanya mampu ckp kat kau,, kau tak tau hal sebenar. aku just cerita kat mak n abah ja sementara waktu ni. mendengar dengan lebih ikhlas dan tak akan cerita pada sape2. dan lebih dipercayai. dorang selalu suruh aku ingat Allah bila jadi mcm ni. doa banyak2. mak abah kawan dunia akhirat aku. :')

Aku just nak bagi tau dekat kau... bkn kau sorang ja kawan aku.. tp ramai lagi kawan2 aku yg lain. tak kan disebabkan aku tak tegur kau, mood kau down?? please la weii... aku rasa aku tak bebas selagi benda2 mcm ni jadi dekat aku. orang tu, dgn peragai org tu.. org ni dgn perangai org ni. Selagi aku mampu nak berceramah dgn korang secara tertutup, aku cuba. tp bila dah endah langsung apa yg aku ckp, apa masalah kau?? selama ni, aq anggap kau ustazah aku. aku belajar segala2 nya dari kau. hukum2 islam,, kau bimbing aku ke jalan allah. tp, bila umur dah meningkat remaja.. kau tunjuk belang ka?? habis kau langgar apa yg Allah larang. kenapa ni... ?? 

okay, cakap saja pun tak guna, kalau org tu dah nak jadi mcm tu, tetap mcm tu jugak. skrg, aku cuba cari masa untuk slow talk dgn kau. kau jgn risau... aku tak nak pahala kau berkurang sbb benda mcm ni. cuma aku tak nak kau salah faham dengan apa yg kau nampak. selagi kau tak dengar sendiri dari mulut aku, selagi tu lah kau tak kan pernah tau hal sebenar. Aku selalu ckp dekat mak, yg tahun dpn mcm mana sekalipun , aku still nak pindah sekolah lain, tp mak aq kata.. fikir masak masak dulu. kadang2 aku rasa, bkn masak je, tp hangit dah pun. tp , itulah mak abah aku, tak nak anak2 dia buat keputusan terburu. buru. katanya, pergi lah jauh mana pun, lama2 jumpa jugak dgn org tu. 

Yang terakhir dari aku, aku nak kau buang lah jauh2 perasan iri hati, sifat dengki yang hanya sementara. Syaitan selalu mencari peluang untuk memisahkan silaturrahim umat2 rasulullah. dengar ni, kalau kau tak puas hati dgn aku, cari aku cepat2. aku tak nak kau salah faham. dan aku tak nak kau bertindak diluar kebenaran. 


harap kau baca kawan. aku sentiasa mengangkat tangan mendoakan kesejahteraan kau,, kejayan kau... KAWANN............ :') 


Assalamualaikum. :*

“Giveaway Canon Camera By Miraa Hussin”.

Assalamualaikum !! :))

Actually, dah jumpa dah benda ni. comel sangat2. tp, lebih baik masuk GA ni daripada nak beli dekat luar, kan?? hehhe. 

Disini, saya nak bagi beberapa sebab kenapa saya nak menang GA ni. Pertamanya, saya pun peminat tegar Camera Canon jugak(walaupun kwn2 tak tau). Dan kalau nak tunggu beli, mmg tak beli dah... Lagipun, tabung saya sekarang, just dari kotak kasut ja, itupun sudah diupgradekan. Kesian.. :) Btw, tabung ni comel dan nampak eksklusif sangat sangat ! >.<

okay, done ! harap rezeki menyebelahi saya kali ni. In sha allah... :)))

Assalamualaikum. :*

1st Giveaway by LINA'S JOURNEY

Assalamualaikum.. :))



hai semua harini aku rasmikan 1st giveaway from LINA'S JOURNEY
hadiah menarik akan diberikan. 5 pemenang dicari
klik banner untuk join


 

senarai hadiah:
2 helai A dan 2 helai B
1 hadiah misteri

giveaway berlangsung dari 26/3/2013-16/4/2013

syarat:
  • Blogger Malaysia
  • follow blog LINA'S JOURNEY dan like fanpage BLOG LINA'S JOURNEY
  • buat entry bertajuk "1st Giveaway by LINA'S JOURNEY" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  • tinggalkan link entry anda di kotak komen.                                                                                           

apa yang penting!
  •  pemilihan pemenang berdasarkan TOP REFERRAL
  • giveaway ini akan terbatal jika peserta tidak melebihi 50 peserta
  • peserta yang tidak ikut syarat senang diatas, serta merta n automatik BATAL!!