#Tip 1 : 'Hot' Dalam Kalangan Teman ???

asslamualaikum..
entry kali ni, aq nak share dgn korang.. pasal title kat atas tu ! nampak? aq ni bukan seorang anak dara  yg pandai bagi nasihat . saje2 sekali sekala nak share dgn korang "TIP SAHABAT" ni.. kalau rase teringin nak tau.. baca sampai habis ye kakak2 cantik n abang2 hensem~~


PERANAN MATA
--> untuk menarik perhatian ketika berbicara , pandang rakan korang terutama sekali mata . Dalam hal ini ia menunjukkan bahawa kita hargai kehadirannya dan suka bersembang dgnnya..Dgn cara ini, akan melahirkan perasaan yg lebih rapat n mesra.. Jgn memandang kearah lain krna ia seolah olah kita tidak menyenangi kehadirannya atau menyukainya.

HINDARI TEKANAN 
--> setiap org termasuk pelajar tidak dpt lari drpd masalah tekanan. sehubungan itu jgn jadikan masalah yg dihadapi sebagai penghalang hubungan dgn rakan2 anda. Jgn bebankan tekanan itu kpd rakan2 kita. seorang rakan yg baik tidak akn bebankan masalah yg dihadapinya kpd rakannya.

AKTIFKAN DENGAN PELBAGAI AKTIVITI
--> sentiasa penuhkan masa lapang anda dengan aktiviti2 yg positif dan berfaedah. Selain itu adalah disarankan anda mendptkan lebih kenalan baru. dgn cara ini anda akn mudah dikenali ramai.

MENJADI SEORANG YANG PERAMAH
--> jadilah seorang yg peramah,mudah didekati dan mudah diajak. sesetengah org yg mempunyai sikap ini secara semula jadi dan org lain akn berasa selesa disampingnya. maka ambillah inisiatif untuk terlebih dahulu menyapa atau mengajak seseorg untuk berbicara.dgn cara ini anda akn menjadi seseorg yg lebih peramah.

JADILAH DIRI ANDA SENDIRI
--> cuba menjadi diri anda yg sebenar. jgn cuba meniru gaya org lain yg kita rasa popular. hal ini berlaku krna setiap personaliti yg baik akn mempunyai rakannya sendiri. jika meniru gaya personaliti org lain ia x akn menghasilakan hubungan yg berkekalan. ini untuk mengela drpd rkn2 menuduh kita bersifat pura2 . jgn lupa bahawa anda adalah anda sendiri ! oleh itu jadilah diri anda yg sebenarnya...

sebelum aq berundur diri.. aq nak mintak maaf kalau2 ape yg aq tulis ni x menyenangkan hati korang ke.. ape2 je lah ! ayat pon habeh tunggang langgang.

No comments:

Post a Comment